PKG Penggerak Minda Bestari

Kerja Kita Wajah Kita


***SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PKG KOTA - TERIMA KASIH***

Tuesday, April 21, 2009

Sejarah PKG

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)

Dari segi sejarahnya, gerakan kearah penubuhan PKG berlaku secara beransur-ansur, bermula dengan penubuhan Pusat Sumber Tempatan dalam tahun 1978 dan digantikan namanya dengan Pusat Media Daerah dalam tahun 1981. Selaras dengan konsep dan rasional penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Negeri di empat negeri dalam tahun 1982-1984 dan Pusat Sumber Sekolah diseluruh negara dalam tahun 1983, Pusat Media Daerah telah ditukar namanya kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) dalam tahun 1986.

302 buah sekolah telah dipilih untuk menempatkan Pusat Sumber Tempatan / Pusat Media Daerah/ Pusat Sumber Pendidikan Daerah yang tersebut di atas. Ini telah dilakukan dengan pengertian bahawa setiap Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) akan memberi khidmat kepada sejumlah sekolah dikawasan sekitarnya. Pada amnya sebuah PSPD berkhidmat untuk 15 hingga 20 sekolah di kawasannya.

Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian pendidikan di antara bandar dan luar bandar. Tujuannya pada waktu itu hanya untuk memberi perkhidmatan pinjaman alatan serta menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan pembelajaran beharga rendah.

Melalui kegiatan-kegiatan PSPD, pihak Kementerian Pendidikan berhasrat untuk meluaskan penggunaan teknologi dalam pendidikan untuk mempertingkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini PSPD dianggap sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya guru-guru luar bandar dengan teknologi pendidikan.

Pada tahun-tahun seterusnya, adalah disedari bahawa istilah PSPD menimbulkan kekeliruan disebabkan istilah “Daerah” yang digunakan kepada nama PSPD sebernarnya tidak mencerminkan satu daerah pentadbiran kerana dalam sesuatu daerah pentadbiran Perjabat Pendidikan Daerah (PPD) lazimnya terdapat lebih daripada sebuah PSPD.

Dalam pada itu beberapa perkembangan telah dialami dalam bidang pendidikan hasil meningkatnya keperluan profesional guru-guru, PSPD ditukar namanya Pusat Kegiatan Guru serta diberi peranan lebih luas.

Pertukaran nama ini adalah untuk memberikan satu gambaran sebenar aktiviti yang dijalankan di Pusat ini. Merujuk kepada surat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia bertarikh 14 Ogos 1990 yang ditujukan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri, “ PKG adalah merupakan Pusat Logistic bagi hal-hal pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga berfungsi sebagai satu pusat dimana pebincangan di kalangan guru-guru setempat .
Template by - Abdul Munir - 2008